Kerajaan Terengganu sebelum ini melancarkan satu program yang diberi nama 2ND Honeymoon atau Bulan Madu Kedua kepada pasangan rumah tangga yang bermasalah dan diambang perceraian.

Sebelum ini hanya dijalankan di Terengganu oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPK), kini Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) akan bekerjasama dengan YPKT untuk mengembangkan program 2nd Honeymoon ini.

“Lapan program lagi akan diadakan tahun hadapan dengan setiap program melibatkan 15 pasangan suami isteri terutamanya yang telah berkahwin lima tahun.

“Mengikut kajian cabaran paling besar dihadapi pasangan berkahwin ialah dalam tempoh lima tahun pertama perkahwinan,”

“Perhatian serius perlu diberi untuk menangani masalah ini. Saya sangat menghargai inisiatif kerajaan negeri Terengganu khususnya YPK mengadakan program bulan madu kali kedua untuk membantu keutuhan perkahwinan,”

“Kita ingin menyelamatkan pasangan daripada perceraian. Kebanyakan yang terpilih ialah pasangan yang difikirkan ada masalah. Mungkin kalau tidak dirapatkan kembali akan berlaku perceraian dan sebagainya.

“Kita lihat ada pasangan yang kembali mesra setelah menyertai program ini. Kalau kita dapat menyelamatkan satu dua pasangan daripada bercerai, ini merupakan satu kejayaan,” Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

Kerajaan telah memperuntukan sejumlah RM300,000 untuk program ini dan telah membelanjakan sebanyak RM53,600 sebelum ini melibatkan 67 pasangan.

Sebelum ini program bulan madu kali kedua ini dijalankan di Pulau Perhentian dan Pulau Kapas.

Untuk pasangan yang bermasalah diluar sana apa tunggu lagi boleh la apply……….

sumber MStar (http://bit.ly/9UFnK9)

Advertisements